Mutakhir ini, kebanyakkan syarikat pelayar web (browser internet) berusaha menarik minat dan mengekalkan pengguna pelayar web mereka. Tidak kisah sama ada pelayar web Mozilla Firefox, Google Chrome, Opera, Netscape, Internet Explorer dan sebagainya lagi. Kesemuanya mempunyai pengguna tersendiri termasuk Visual Explorer ini.

Bagi sesetengah pengguna komputer internet hari ini, pasti ada yang baru kali pertama mendengar nama pelayar web Visual Explorer ini. Apa yang pasti, setiap pelayar web mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing serta sentiasa bersaing bagi meningkatkan mutu kualiti pelayar web mereka.

Visual Explorer boleh dikatakan salah satu dari rangkaian BlueG, yang dilancarkan pada bulan November 2008. BlueG juga dikenali sebagai Frontier Developments – iaitu satu perisian rumah dalam industri design yang tubuhkan pada September 1990. Selain itu juga, BlueG ini dibawah nama dagangan GlobalCAD Consultants Ltd.

Berbalik kepada pelayar web Visual Explorer, jika dilihat sebelum ini, banyak kekurangan telah dibaiki dan dipertingkatkan termasuk paparan yang lebih menarik dan mesra pengguna seperti menu toolbar, navigate bar, adress bar dan lain-lain lagi. Semuanya untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Tidaklah terlalu serabut untuk mencuba browser Visual Explorer ini.

Apa yang paling menarik ialah, browser Visual Explorer ini menyediakan fungsi ” save as image ” (screenshot), walaupun banyak cara untuk screenshot ini. Namun ianya tetap satu kelebihan. Selain itu juga, beberapa theme tersedia bagi menghilangkan kebosanan apabila menggunakannya. Boleh juga menggunakan theme tambahan. Fungsi Safety Filter, Download Manager, Add-On, Toogle Transparency dan banyak lagi sudah tersedia. Kelajuan dan daya tarikan tetap jadi taruhan utama bagi semua browser.

Download Visual Explorer 2.0 | Web Page

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh

Laman web penulis : http://infoperisian.com/

merupakan tuan punya milik laman ini, di alam maya dikenali sebagai "mosyar"- singkatan nama. beliau juga merupakan penggila tema wordpress.


Entri berkaitan

This post has 8 comments.

  1. Arnain
    04 Mar 10 8:51 am

    huhu.. aq tetap ngan musang berapi n opera jew…

    [Reply]

  2. mrahfa
    04 Mar 10 9:27 am

    oh, rasanya macam visual explorer ni dibina di atas platform IE.
    http://www.visual-explorer.com/feat_user.htm

    [Reply]

    admin Reply:

    yup…betul tu apa yang diperkatakan.
    jika tidak silap, VE ni boleh menggunakan add-On IE.

    [Reply]

  3. Omar
    11 Mar 10 8:05 am

    sama cam avantbrowser je..
    dibina atas platform IE

    [Reply]

  4. AyieBlog
    21 Mar 10 10:34 pm

    salam,wa mantop laman nie boleh cari sofware terbaru.. thank q kepada tuan or puan cat kedaun :P

    [Reply]

  5. zik
    05 Apr 10 10:07 pm

    fuuyyooh.. mantap.. erm guna comet bird.. ngan goggle chrome… kadang2x..

    [Reply]

  6. Salam kenal.

    Pertama kali dapat tahu tentang VE ini. :-)

    Terima kasih.

    [Reply]

  7. Pisyek
    19 Nov 10 7:37 am

    FF masih terbaik d hatiku! :D

    [Reply]

LEAVE A RESPONSE