Ramai yang menginginkan paparan desktop komputer atau laptopnya kelihatan menarik, cantik dan unik. Yang lebih penting lain dari yang lain. Mungkin dah ramai pernah mencubanya. Pasti sehingga hari ini, masih lagi orang meminatinya.

Walaupun banyak lagi nama lain bagi aplikasi dock ini seperti Object Dock, Moby Dock, dan sebagainya lagi, namun Rocket Dock tetap menjadi pilihan ramai. Berkemungkinan kerana ianya ringkas dan menarik. Tidak susah untuk memasang shortcut bagi sesuatu aplikasi/perisian yang berada pada desktop anda.

RocketDock is a smoothly animated, alpha blended application launcher. It provides a nice clean interface to drop shortcuts on for easy access and organization. With each item completely customizable there is no end to what you can add and launch from the dock -rocketdock.com

Ianya memang memudahkan penggunanya. Shortcut boleh dihimpun didalam satu dock, tidaklah terlalu berserabut dan berterabur apabila dilihatnya. Seolah-olah anda sedang menggunakan Apple Mac, memang kelihatan professional.

Hampir 30 theme/skins sudah tersedia, anda juga boleh memuat-turun theme lain yang lebih cantik dilaman web rocketdock sendiri ataupun dimana-mana laman web. Pelbagai tetapan boleh diubah mengikut citarasa anda sendiri, samaada ingin zoom, kedudukan dock di kanan atau kiri (posisi), dan sebagainya lagi. Walaupun komputer anda perlahan, anda tidak perlu risau untuk mencubanya. Yang paling penting, ianya satu perisian yang percuma dan sesuai untuk semua jenis windows.

Download Rocket Dock v.1.3.5 | Web Page

Mengenai penulis

Entri ini telah ditulis oleh

Laman web penulis : http://infoperisian.com/

merupakan tuan punya milik laman ini, di alam maya dikenali sebagai "mosyar"- singkatan nama. beliau juga merupakan penggila tema wordpress.


Entri berkaitan

This post has 8 comments.

  1. mrahfa
    21 Mar 10 1:54 pm

    Wah, nostalgia betul, dulu masa-masa gile mod XP rajin godek2 docking software nih :-D

    [Reply]

  2. azam
    21 Mar 10 5:21 pm

    huhu…rocket dock memang best…tapi skang dah tak bape nak pakai…

    [Reply]

  3. kalau pakai dock, nmpak mcm tiru mac je.. lolz

    [Reply]

    admin Reply:

    kenapa plak mcm tirunya…? kira blh la save budget…tak payah susah2 beli mac yg mahal tu.

    kira gempak la skit bila pakai dock ni.

    [Reply]

    Frantz-Senpai Reply:

    nmpak gempaq ke? biasa je.. tak nak pkai sebab bagik effect nak load startup.. maklumlah.. pc pun saved badget..lol

    [Reply]

    admin Reply:

    hehe…bagi sesetengah yang kata gempak la.. guna asal normal mcm tu lagi best. xde la load tinggi sangat.

  4. hohohoo.. lame tol tak pakai rocket dock ni.. hurm,, ade tak mac OS utk install kt komputer or laptop biase eak? rase nak try arr function die sebelom amik macbook.. hihihi :D

    [Reply]

  5. bdk_SkemA
    24 Mar 10 10:50 pm

    erm2 dock ny mmg bez..easy n simple katakn…
    xlah srabut sgt desktop tuh…

    [Reply]

LEAVE A RESPONSE