
Kepenatan berkerja melalui komputer memang tidak dinafikan. Berkemungkinan faktor-faktor tertentu. Kadangkala dengan file dan folder yang berselerak lagi membosankan juga merupakan salah satu faktor kepenatan.
Memang mudah bosan jika hari-hari kita menghadapnya (komputer). Tarikan untuk menggunakan komputer yang berserabut tidak wujud sehingga seringkali hilang dan sukar untuk mencari file dan folder yang kita simpan pada waktu sebelum ini.
When the folders will be marked with the colors of your desire you won’t make any mistake and after some time you’ll be clicking the right folders by the impulse. – softpedia.com
Rainbow Folders 2.05 merupakan salah satu penyelesaian dari masalah anda ini. Ia boleh menukarkan rupa bentul (pilihan disediakan) dan warna folder dokumen anda dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. Anda boleh tentukan warna dan bentuk mengikut kesukaan masing-masing. Anda tidak perlu risau akannya.
Cara Penggunaannya :
1) Selepas proses install (pemasangan perisian) dibuat serta ditempatkan pada bahagian folder sesuai, seterusnya, masuk pada perisian Rainbow Folders tersebut, lihat seperti gambar rajah diatas. Pilih folder yang kita kehendaki. *link download boleh dilihat pada akhir entri.
2) Pilih style (bentuk) folder yang disukai seperti yang disediakan.
3) Tentukan warna kegemaran anda. Merah, hijau, kuning dan lain-lain mengikut pilihan hati. Samaada warna terang ataupun sebaliknya.
4) Pada bahagian advanced, taip perkataan yang sesuai. Text ini akan muncul pada folders tersebut. Jika anda mahu, boleh tandakan juga pada kotak tersebut ” Warn when deleting ” – akan muncul apabila anda ingin memadamnya sebagai tanda peringatan jika anda ingin memadamnya.
5) Set Color tersebut. Lihat perubahan warna dan bentuk folder anda. Jika tidak mengalami apa-apa perubahan, sila ” Restart ” komputer anda. Selepas itu, lihatlah hasilnya dengan sendiri.

Luth Textile
February 17th, 2010 (#)
sapalah taukeh blog nih.. hihihi
selamat datang kedunia warnawarni wordpress!
[Reply]
wazy
February 17th, 2010 (#)
Menarik gak Rainbow Folders 2.05 ni,terima kasih sebab sudi berkongsi,selamat datang juga ke dunia wordpress
[Reply]
Hamdi
February 17th, 2010 (#)
wah
bagus info nih
[Reply]
Dak Wan
February 17th, 2010 (#)
Wooo…. warna warni la pasni folder teman! Tqs beb!
[Reply]
kulanz
February 17th, 2010 (#)
harap-harap lepas ni akan banyak lagi software yg boleh dikongsi-kongsi..
[Reply]
Mus
February 18th, 2010 (#)
pasti blog ini akan diterjah lagi nanti..
[Reply]
lazaac
February 18th, 2010 (#)
leh pakai kat Windows XP ker ni..?
[Reply]
admin Reply:
February 18th, 2010 at 4:03 pm
pemasangan software ini dicuba pada windows 7, tidak ditest plak pada windows xp, apakata saudara try cuba dahulu.
selepas tu blh maklum semula kat sini. insyaAllah blh guna windows XP.
[Reply]
Anarm
February 23rd, 2010 (#)
bleh kaler2 folder.. mcm Mac dah ni.. huhu.. menarik!!
[Reply]
aman Reply:
February 26th, 2010 at 12:33 pm
lepas nie, warna-warni ar desktop kita. huhu~
[Reply]
ibnmasir
February 27th, 2010 (#)
Salam kenal…menunggu lebih byk perisian n info..
[Reply]
mrkaizer
March 1st, 2010 (#)
Blog ni memang tempat yg akan aku dtg selalu utk download software.tq ye tuan blog
[Reply]
syukeri
March 1st, 2010 (#)
terbaru lagi..hihihi
[Reply]
bdk_SkemA
April 5th, 2010 (#)
colourful lah pasny desktop ak…thnk yer…tnggu software terbaru..
[Reply]