Photoscape v3.4
Bagi penggemar design, photo editing, grafik dan sebagainya pasti sudah mengetahui tentang kewujudan perisian Photoscape ini, walaupun perisian ini perisian percuma, tetapi setanding dan unggul dengan perisian-perisian berbayar lain.
Kerja edit photo gambar menjadi cepat dan mudah apabila menggunakannya. Sebahagian para blogger juga pernah menggunakannya dalam membuat header blog, banner iklan animasi dan banyak lagi. Lebih kurang 14 fungsi dimasukkan ke dalam satu perisian. Beberapa penambahan fungsi dari versi sebelum ini telah ditingkatkan dan diwujudkan.
Antara fungsi-fungsi tersebut ialah :
1) Editor : resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming
2) Batch editor : Batch edit multiple photos
3) Page : Merge multiple photos on the page frame to create one final photo
4) Combine : Attach multiple photos vertically or horizontally to create one final photo
5) Animated GIF : Use multiple photos to create a final animated photo
6) Print : Print portrait shots, carte de visites(CDV), passport photos
7) Splitter : Slice a photo into several pieces
Screen Capture : Capture your screenshot and save it
9) Color Picker : Zoom in on images, search and pick a color
10) Raw Converter : Convert RAW to JPG
11) Rename : Change photo file names in batch mode
12) Paper Print : Print lined, graph, music and calendar paper
13) Viewer : View photos in your folder, create a slideshow
14) Face Search : Find similar faces on the Internet
Sedikit gambaran video klip intro Photoscape dan lain-lain video klip dan beberapa contoh photo yang boleh anda lihat pada laman web Photoscape sendiri.
Apa yang paling penting, anda semua mesti mencubanya terlebih dahulu untuk mengetahui bagaimana cara menggunakannya dan ingin mendapat keseronokkan apabila menggunakan Photoscape ini serta jadikannya sebagai salah satu daripada koleksi perisian wajib anda. Sesuai untuk semua jenis windows termasuk windows 7.
Tidak mustahil suatu hari nanti anda sendiri akan mahir menggunakannya.
Download Photoscape v3.4 | Web Page


23 Feb 10 8:23 pm
Photoscape ni sesuai untuk beginner macam aku guna
hehe..thanks
[Reply]
JHafiz Reply:
March 2nd, 2010 at 4:09 am
setuju. kalau photoshop utk yang dah advance. installer pon ringan.
[Reply]
04 Mar 10 8:53 am
haha.. leh la try jap
[Reply]
07 Sep 10 11:47 pm
photoshop xde ke???
[Reply]
admin Reply:
September 25th, 2010 at 11:50 pm
software photoshop di bawah perlesenan, kiranya mesti kena guna yang original punya la. tapi yang pirate tetap ada, blh pergi ke blog/web yg menawarkan download sedemikian.
laman ni lebih kepada perisian percuma. tak perlu rungsing.
[Reply]
22 Sep 10 11:03 am
Camna nk downlod?
[Reply]
admin Reply:
September 25th, 2010 at 11:51 pm
nak download apa? photoscape? blh tngok link bawah entri pernuh photoscape ini. ada tulis ” download photoscape ”
takpun masuk je web photoscape tu.
[Reply]
21 Oct 10 10:58 pm
aku pun pakai photoscape je dr dulu sampai skng..hoho
[Reply]
07 Nov 10 9:15 pm
mcm ne nak download nye ? tak pandai laa . . . . . .
[Reply]
admin Reply:
November 8th, 2010 at 12:41 pm
yeke? dah jadi ke belum ni eh? blh tengok link dia di akhir entri ” photoscape ni “, klik perkataan download phtoscape tu, ataupun masuk website photoscape, download di sana, mungkin ada versi baru.
[Reply]
26 Apr 11 8:50 pm
cna nak start buat header blog gnakan photoscape ?bleh bg tutorial x ?
[Reply]
27 Apr 11 8:34 am
terima kerana kunjungan. saya cuba bagi link yg berkaitan bagi membantu masalah anda.
1) http://countryfarmgirlsarah.blogspot.com/2011/04/create-blogger-header-photoscape.html
2) http://www.etsyblogteam.com/2011/02/how-to-create-custom-header.html
3) http://syiqin-lurve.blogspot.com/2011/02/buat-header-guna-photoscape.html
4) http://warkahbudakkecik.blogspot.com/2010/12/header-blogger-on-photoscape.html
[Reply]