Bukan mudah sesuatu perisian percuma ingin memuaskan hati penggunanya, tetapi anda harus berterima kasih di atas beberapa kelebihan yang diberikan oleh perisian percuma. Nama sudah percuma, terimalah sebaiknya. Perlu diingat juga, ada sesetengah perisian percuma setanding dengan perisian berbayar.

Free Video Cutter v.1.1 ini juga harus dipuji keupayaannya, hampir mampu menandingi mana-mana perisian video cutter yang lain. Mampu memotong video bersaiz besar kepada saiz yang kecil. Anda juga diberi pilihan format kegemaran anda. » Read the rest of the entry..


Mungkin di antara kita semua masih lagi mencari-cari perisian al-Quran terbaik untuk komputer/laptop peribadi anda. Kerana kebatasan waktu, semasa tengah kerja kita masih lagi boleh berdamping dengan kalamullah al-Quran ini. Boleh dikatakan gunakan manfaat teknologi hari ini sebaiknya.

Dengan kewujudan perisian Zekr Quran ini, anda semua harus berbangga dan berterima kasih kepada pihak yang memajukannya. Ianya lengkap 114 Surah bersamaan 30 juzuk. Walaupun paparannya tidak terlalu menarik, tapi ianya sangat memuaskan. » Read the rest of the entry..

Kebanyakkan perisian audio player sudah banyak, pelbagai nama dan fungsi tambahan di muatkan dalam perisian audio player tersebut bagi menambahkan kelebihan dan kekuatan mereka sendiri. Nama besar seperti Winamp, Windows Media Player, Media Player Classic dan sebagainya sudah tidak asing dan mendapat tempat di hati penggunanya.

Dengan saiz 2.99mb, memang terlalu kecil dan komputer / laptop berkuasa rendah pasti mendabik dada. Tapi belum lagi cuba menggunakannya. Walaupun penampilan perisian foobar2000 v.1.02 ini ringkas dan sedikit kurang menarik, tetapi mampu memainkan muzik yang banyak serta menyediakan beberapa fungsi yang mesti dicuba. » Read the rest of the entry..

Ramai yang menginginkan paparan desktop komputer atau laptopnya kelihatan menarik, cantik dan unik. Yang lebih penting lain dari yang lain. Mungkin dah ramai pernah mencubanya. Pasti sehingga hari ini, masih lagi orang meminatinya.

Walaupun banyak lagi nama lain bagi aplikasi dock ini seperti Object Dock, Moby Dock, dan sebagainya lagi, namun Rocket Dock tetap menjadi pilihan ramai. Berkemungkinan kerana ianya ringkas dan menarik. Tidak susah untuk memasang shortcut bagi sesuatu aplikasi/perisian yang berada pada desktop anda. » Read the rest of the entry..


Page 2 of 41234