Foobar2000 v1.0.2
Kebanyakkan perisian audio player sudah banyak, pelbagai nama dan fungsi tambahan di muatkan dalam perisian audio player tersebut bagi menambahkan kelebihan dan kekuatan mereka sendiri. Nama besar seperti Winamp, Windows Media Player, Media Player Classic dan sebagainya sudah tidak asing dan mendapat tempat di hati penggunanya.
Dengan saiz 2.99mb, memang terlalu kecil dan komputer / laptop berkuasa rendah pasti mendabik dada. Tapi belum lagi cuba menggunakannya. Walaupun penampilan perisian foobar2000 v.1.02 ini ringkas dan sedikit kurang menarik, tetapi mampu memainkan muzik yang banyak serta menyediakan beberapa fungsi yang mesti dicuba.
Walaupun perubahan tidak terlalu ketara berbanding dengan versi sebelum ini (Foobar2000 v1.0.1), namun untuk versi baru ini memang dipertingkatkan dan sedikit diperbaharui mutu kualiti bagi bersaing dengan pengeluar audio player terkemuka.

Foobar2000 v1.0.2 turut menyokong hampir kesemua format audio antaranya MP3, MP4, AAC, CD Audio, WMA, Vorbis, FLAC, WavPack, WAV, AIFF, Musepack, Speex, AU, SND, Monkey Audio dan banyak lagi. Turut menyokong beberapa komponen tambahan (lihat web pagenya) yang boleh dicuba. Bagi yang tidak mahir menggunakan perisian ini, pasti mengatakan perisian ini terlalu sukar untuk dicuba dan tidak mesra pelanggan.

Apa yang pasti, cuba menyelami terlebih dahulu mengenai perisian ini selepas dipasang, sedikit sebanyak mencuba satu persatu fungsi menu yang disediakan dan pasti anda semua akan tertarik dengan kelebihannya. Jangan hanya melihat kelemahan perisian Foobar2000 v1.0.2 melalui antaramukanya (paparan) sahaja.
Download Foobar2000 v1.0.2 | Web Page


05 Apr 10 6:44 pm
displaynye kurang.
yg len ak je..
cube try media monkey.
[Reply]
admin Reply:
April 6th, 2010 at 8:08 am
betul tu…tapi bnyk lagi kelebihan lain. display yg kedua.
[Reply]
05 Apr 10 9:53 pm
macam best je software ni,nak try dulu la,thanks eh bro
[Reply]
06 Apr 10 12:11 am
1st time dengar pasal software ni, tak salah ni utk dicuba..
[Reply]
admin Reply:
April 6th, 2010 at 8:09 am
betul tu, jarang2 je dengar nama perisian ni. tidaklah sehebat winamp. tapi sekurang2nya menjadi koleksi anda.
[Reply]
06 Apr 10 3:29 pm
Salam / Mari teman berteman bersama saya..
Soalan? perbezaan winamp dgn foobar 2000 dari segi aper yerk??
Tq..
[Reply]
06 Apr 10 4:09 pm
aku penah guna Foobar.. tapi sekarang ni lebih terpikat dengan Aimp2.. bleh review tentang Aimp2 plak kot lepas ni.. saje bagi idea update blog.. hehe..
[Reply]
07 Apr 10 1:58 pm
wah, baru ku tahu..macih2
[Reply]
01 Sep 10 10:09 pm
Aku sekarang tengah menggunakan aplikasi Bsplayer
banyak jgak kelebihan coz banyak tonton Movie yang didownload dan dia ada bagi search Subtitle hehe..
FOobar nie mungkin aku akan try bila aku rasa jemu dengan Bsplayer nie. tengok la camne . Neway thanks coz share
[Reply]
02 Sep 10 1:15 pm
gimp ok gak kan…
[Reply]
11 Oct 10 5:37 pm
tak pernah dengar menarik nih…
[Reply]
20 Jan 11 9:13 pm
pernah guna..memang best
[Reply]