Siapa Kami?

Diasaskan oleh seorang anak muda yang sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Walaupun dirinya tidak berkelulusan di bidang IT dan sewaktunya, tetapi kerana minat yang mendalam terhadap dunia komputer dan internet telah membawanya ke alam ini.

Walaupun tiada dorongan serta sokongan moral oleh keluarga, beliau tetap diam-diam menjunam terbabit dalam dunia ini. Tiada yang mustahil dalam hidup. Sekarang ini lebih kepada menjadi seorang blogger part-time. Memulakan laman ini pada 16/02/2010, laman ini masih mentah dan perlukan cadangan dan komen dari anda sekalian.

Pihak Infoperisian akan mencuba sedaya upaya untuk update laman ini supaya sentiasa segar dan menjadi salah satu laman pilihan remaja Malaysia dalam dunia Komputer dan Internet khususnya dunia Perisian. Penerangan tentang satu-satu perisian (software) tertentu akan diberikan dan anda boleh muat turunnya terus. Menarik bukan?

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

Twitter : http://twitter.com/infoperisianjangan lupa follow juga
Email : infoperisian[at]yahoo.com