Follow kami melalui → Facebook / Twitter / | Pintasan : RSS / Langgan





AAA Logo v2.10

Pelbagai perisian design grafik wujud pada hari ini. Sama ada kita mengetahui atau tidak. Bagi mereka yang sukakan Adobe Photoshop ataupun Photoscape dan lain-lain perisian, pelbagai perkara boleh diciptakan melaluinya, sama ada banner, edit photo, kerja-kerja design, logo dan lain-lain lagi. Semuanya terletak pada diri kita sama ada mahir menggunakannya atau tidak.

Apa yang penting, bagi setiap perisian tersebut, perlu kita mencubanya (explore) setiap tool yang tersedia. Suatu hari nanti, anda akan mahir dengan sendiri. Begitu juga dengan AAA Logo (Logo Maker) ini, satu perisian memudahkan anda mencipta logo untuk laman web/blog, syarikat anda, identiti diri dan lain-lain lagi. Merupakan satu perisian yang senang diguna dan tidak mustahil anda mampu mencipta logo seperti seorang professional.

Banyak contoh logo telah tersedia di dalamnya, icon bentuk gambar juga banyak ( lebih kurang 8500 logo ), cumanya hanya tunggu daripada anda sendiri menggunakannya. Anda pasti teruja dengan perisian AAA Logo (Logo Maker) ini. Sungguh mudah, menjimatkan masa, professional dan menawan. Tiada ungkapan yang tepat untuk mengambarkannya.

Paparan perisian ini juga begitu ringkas serta mudah dikendalikan. Dalam masa satu jam sahaja anda pasti sudah mahir dengan perisian ini. Pelbagai warna juga telah tersedia pada ruangan bawah perisian ini. Untuk menambah text juga begitu mudah dan anda boleh mencantikkannya dengan menekan butang effect, gradient dan lain.

Untuk membuang atau menambah text/objek, anda perlu pergi ke menu ” Object ” (atas pada bahagian kiri) sama ada ingin pilih ” new text ” , “new object ” dan ” remove object”. Hasilnya begitu memuaskan. Apa yang penting, cuba tool yang diberikan sepenuhnya.

Perisian ini sesuai semua windows, Windows XP, Windows Vista dan Windows 7. Memory 512mb keatas dan hanya perlu memiliki ruang disk space minimum 50mb. Tentu komputer laptop anda terlalu layak. Walaupun banyak perisian bagi mencipta logo secara online sudah banyak, tetapi perisian AAA Logo ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Download AAA Logo v2.10 | Web Page

Mengenai entri ini

Entri ini telah ditulis dengan jayanya pada February 26th, 2010 jam 8:49 am dan diletakkan di bawah kategori Photo Graphic. Anda boleh meragut atau mencopet RSS 2.0 feed blog ini sekiranya mahu. Anda digalakkan meninggalkan komen, atau pun membuat trackback dari blog anda sendiri.

15 respon untuk entri “AAA Logo v2.10”

  1. aman

    wah. makin senang ar nak wat logo yerk. uhu~~

    [Reply]


  2. MK

    Hm, kenapa download kat 4shared. LogoMaker yang InfoPerisan bagi ni full version ke?

    [Reply]

    bunyamin Reply:

    pihak saya upload baru di 4shared…utk memudahkan semua.

    selepas download, blh tengok key dalam folder logo maker……

    [Reply]


  3. mrahfa

    Menarik! Biasa guna Fireworks aje, tapi yang ni pun worth to try.

    [Reply]


  4. aktechpage.com

    Blog aku dah ada logo, cuma logo kecik belum letak lg di kepala browser.

    [Reply]


  5. Anarm

    aku penah guna software ni.. memang senang nak buat logo..

    [Reply]


  6. Frantz-Senpai

    senang la aku nak wat logo PUM pasnie.. trimas!

    [Reply]


  7. mrkaizer

    wah makin senang wat logo la mcm ni..blog aku x de lagi logo dia yg tesendiri

    [Reply]


  8. dhiyafaris

    whoaaa..
    menarik ni..
    boleh test. :)

    [Reply]


  9. broSKL

    best2, rugi kalau aku x download..hehe

    [Reply]


  10. microdyt

    ni bagus

    [Reply]


  11. Kreuger

    nice.. nice.. i loike it.. haha…
    aku masukkan blog ni dalam Kakikomplen sekali la.
    best untuk dikongsi bersama rakan. ok!

    [Reply]

    admin Reply:

    ok bro, tq banyak. susah je…ni dah lama tak update ni…hehehe. dalam masa terdekat akan di update.

    [Reply]


  12. Kreuger

    alahai.. baru nak downlod. sekali link dah invalid.
    tidak dijumpai kate 4shared. pengsannnn

    [Reply]

    admin Reply:

    yeke? tak perasan plak saya, insyaAllah ada masa nanti try masukkan link baru. dont worry be happy.

    [Reply]


Tinggalkan komen anda